BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 24 September 2013

Luahan emosi sayu~

*moga kita termasuk dalam golongan orang yang sabar..*

     

     Jujur ku katakan, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi.
namun, apakan daya, hanya ini yang termampu dan satu-satunya jalan untuk aku berjaya, mungkin kah ini peluangnya ???

     Kenapa ? Kenapa mesti aku? Persoalan ini sering bermain di fikiran ku. Aku berasa begitu
 pasrah dengan hidupku. Akan tetapi, atas dorongan keluarga dan sahabatku tersayang, aku bangkit, cuba untuk sedar duduk diri aku sendiri. Bumi manakah yang sedang ku pijak? Bumi Malaysia, tanah air ku, aku tekadkan dalam hatiku, suatu hari nanti aku akan juga menjejakkan diri ke bumi asing demi menunaikan impian ibu tersayang.. Hanya itu yang menjadi tonggak.

       Doa kalian aku minta, maaf daripada kalian aku mohon. Sesungguhnya aku insan biasa yang pernah pasrah dan begitu lelah dalam ujian hidup .....



Add caption
     Jika suatu masa dahulu, aku berdendam dengan mereka yang berbuat jahat dengan ku, kini aku tiupkan perasaan ittu ke langit.. Aku berharap dan berdoa moga orang itu bertaubat. Jika dulu aku kesali atas ape yang berlaku, kini, aku merelakan dan redha.. Kerana nyawa ku bukan di tangan mereka.. Tetapi Allah , Tuhanku. Atas izinnya aku hidup dan atas izinnya juga aku mati. Moga kenangan pahit itu aku luput dari ingatan ku.. Ianya amat perit untuk diingati walau sesiapa pun. Cukuplah hanya aku yang menggung, jangan diusik ibu bapaku mahupun sahabatku..


     Ku tujukan khas untuk sesiapa yang 'ter'lawati blog ku..
   
   *lagu yang memberi aku kesedaran di masa aku dalam kejatuhan..


muhasabah cinta

0 comments: