BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 24 September 2013

Luahan emosi sayu~

*moga kita termasuk dalam golongan orang yang sabar..*

     

     Jujur ku katakan, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi.
namun, apakan daya, hanya ini yang termampu dan satu-satunya jalan untuk aku berjaya, mungkin kah ini peluangnya ???

     Kenapa ? Kenapa mesti aku? Persoalan ini sering bermain di fikiran ku. Aku berasa begitu
 pasrah dengan hidupku. Akan tetapi, atas dorongan keluarga dan sahabatku tersayang, aku bangkit, cuba untuk sedar duduk diri aku sendiri. Bumi manakah yang sedang ku pijak? Bumi Malaysia, tanah air ku, aku tekadkan dalam hatiku, suatu hari nanti aku akan juga menjejakkan diri ke bumi asing demi menunaikan impian ibu tersayang.. Hanya itu yang menjadi tonggak.

       Doa kalian aku minta, maaf daripada kalian aku mohon. Sesungguhnya aku insan biasa yang pernah pasrah dan begitu lelah dalam ujian hidup .....



Add caption
     Jika suatu masa dahulu, aku berdendam dengan mereka yang berbuat jahat dengan ku, kini aku tiupkan perasaan ittu ke langit.. Aku berharap dan berdoa moga orang itu bertaubat. Jika dulu aku kesali atas ape yang berlaku, kini, aku merelakan dan redha.. Kerana nyawa ku bukan di tangan mereka.. Tetapi Allah , Tuhanku. Atas izinnya aku hidup dan atas izinnya juga aku mati. Moga kenangan pahit itu aku luput dari ingatan ku.. Ianya amat perit untuk diingati walau sesiapa pun. Cukuplah hanya aku yang menggung, jangan diusik ibu bapaku mahupun sahabatku..


     Ku tujukan khas untuk sesiapa yang 'ter'lawati blog ku..
   
   *lagu yang memberi aku kesedaran di masa aku dalam kejatuhan..


muhasabah cinta

Sunday, 22 September 2013

Jom belajaq syikit tentang network topology.....

Tuesday, 17 September 2013

Ku Lawati KELLY Castle ... Jeng3

Gambar Kellie's Castle



Pada tanggal 18/9/13, kelab golf yang aku sertai sepatutnya mempunyai rancangan untuk bermain golf tetapi alangkah 'suka cita'nya , tidak jadi. Jadi, pensyarah penasihat kelab golfku, Encik Sufian, membawa kami pergi ke Kellei 's Castle... WoW!!
Tempat berhantu, korang!
(orang cakap lah, aku TAK percaya pon)
Muahahaa~ 


Meh , aku cerita sikit tentang sejarah Kellie's Castle :

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Monday, 9 September 2013

loVE is CINta





LOVE . . . what is love actually??? Do you know it? I don't think so. Love is a feeling which not only make you happy but also make you  'SENGSARA' (malay's saying). In my opinion, that is true.


Cinta akan indah pada mula nya. Namun, adakah perasaan itu akan kekal selama nya?? Pernah anda dengar bait ini?? 


cintakan bunga akan layu,
cintakan manusia akan pudar,
cintakan Allah kekal abadi, 
Itulah cinta sejati. . . . .







Bagi saya, cinta itu tidak ubah seperti chewing gum, dadah dan angin. . . .


chewing gum!!! Mengapa?? sebab pada saat mulanya chewing gum brade di dalam mulut, ia nya terasa manis lagi mnyegarkan.. begitu juga dengan cinta, saat ia hadir pada mulanya.. kita begitu enak menikmati perasaan itu. indah tak terkata. TETAPI apa yang berlaku setelah chewing gum tersebut hilang rasenya dan kusam warna nya setelah kita nikmatinya??? kita buangkannya !!! betul tak?? jadi, anda tentu bleyh fikir apa yg terjadi pada cinta yg diibaratkan seperti chewing gum.


Jika anda banyak membaca tentang buku motivasi atau novel islamik, anda pasti mengetahui CINTA  yang mana wajar dikejar dan yang mana satu wajar dibuang.. Kesimpulannya, CINTA kepada Allah itu adalah yang terbaik. :)